Cerita ini adalah daripada pengalaman sebenar penulis (mungkin tidak) dan kebanyakan telah diubah supaya cerita menjadi lebih menarik.
Hot Stuff vs Popular
Penulis: Umairah Jun
Watak utama: Geng The Hotties , Geng The Cool Stuff
Geng The Hotties : Sasha, Fifi, Mimi, Lily, Barbie, Sammy
Geng The Cool Stuff : Kyung Myung, Kyung Ah, Ayumu, Raja Iha, Kaida, Rina
Episod 1:Berkenalan!
Di International High School of Art (IHSA)... Kelas 4 Do... suasana sunyi sepi pada hari pertama selepas tamat cuti panjang....
Penulis: Err... sye nk menyampuk sekejap! Kelas-kelas di IHSA... Do... Re...Mi... ad 7
kelas, kelas terakhir ialah kelas Ti... okay! Sambung!
Kelas 4 Do...
Kyung Myung: *Haishh... Bosan...* (pusing ke belakang) Kyung Ah!
Kyung Ah: (sedang tekun menulis cerita) Erm...
Kyung Myung: Awak ada aktiviti seronok tak? Saya bosanlah...
Kyung Ah: Erm...
Kyung Myung: Yah!!! Kyung Ah!!!
Kyung Ah: OPOCOT MAK CIK SARANGAE ARAI!!!
Kyung Myung: =.= *Nama Facebook aku juga yang disebut...*
Kyung Ah: (menepuk dada) Ish! Nasib baik saya tak ada penyakit lemah jantung. Apa?
Kyung Myung: Saya tanya, awak ada tak cerita seronok?
Kyung Ah: Cerita apa? Cerita terbaru? Mestilah ada! (mengeluarkan buku tulis) Ini dia!
Cerita saya yang terbaru! "The Falling Star"!
Kyung Myung: Yang ini Imagine atau komik?
Kyung Ah: Dua-dua. Saya tak larat nak lukis komik banyak-banyak. Jadi saya campurkan
kedua-duanya.
Kyung Myung: Hebat!
Kyung Ah: Kyung Myung, cubalah tegur pelajar di tepi awak tu.
Kyung Myung: Huh? (memandang pelajar tersebut) Hai.
Raja Iha: Hai.
Kyung Myung: Siapa nama awak?
Raja Iha: Raja Iha binti Raja Indera. Panggil saya Iha.
Kyung Myung: Huh? Pelik sangat nama awak.
Raja Iha: Yakah? (senyum)
Kyung Myung: Chooopp~ awak kata nama awak Iha binti Raja Indera. Awak anak rajakah?!
Raja Inderaputra?!
Raja Iha: Y-Ya. (senyum) Tapi, awak tak perlulah layan saya macam anak raja. Layan
macam orang biasa sahaja.
Kyung Myung: Oh~ Lupa pula. Saya Kim Kyung Myung. Ini adik saya Kim Kyung Ah. Kami
berdua kacuk Korea dan Melayu.
Kyung Ah: Hai. (lambai tangan)
Mereka bertiga bersembang-sembang... Pada masa yang sama...
Rina: (menegur Kaida) Hai. Nama saya Rina. Awak?
Kaida: Hai. Saya Kaida.
Rina: *Ganasnya nama...*
Kaida: (sengih) Guraulah. Nama saya Kasih Aida. Panggil Kaida sebab saya rasa meluat
bila orang panggil saya Kasih.
Rina: Hahaha... awak lawaklah.
Kaida: Lawakkah? Hahaha...
Kring~ Loceng sudah berbunyi. Guru masuk ke dalam kelas dan mengadakan sesi berkenalan. Pada waktu rehat...
Rina: (bersembang dengan Kaida)
Raja Iha: (terlanggar Kaida) Saya minta maaf! Saya tak sengaja!
Kaida: Tak mengapa. Terkena sikit sahaja.
Raja Iha: Err... Hai, saya Iha.
Kaida: Saya Kaida. Ini Rina.
Rina: Hai.
Kyung Myung: Iha, siapa kawan awak tu?
Raja Iha: Oh! Kami baru sahaja berkenalan.
Kyung Ah: Kyung Myung, cepatlah! Sudah berabad saya tunggu awak berdua!
Kyung Myung: Yang ini adik saya, Kyung Ah.
Kyung Ah: Hai... ermm... Bagaimana kalau kita berkenalan di kantin?
Raja Iha: Betul tu! Beta nak... err... maksud saya... Saya nak makan.
Rina: Jom!
Mereka pergi ke kantin. Pada minggu yang berikutnya... di dalam dewan...
Ayumu: Mama, kenapa Ayumu tak boleh belajar di sekolah mama sahaja?
Mama: Ayumu, sekolah mama tu ramai budak tak berdisiplin. Nanti Ayumu susah nak
belajar. Sekolah ni sekolah yang sangat hebat. Ayumu tak sukakah?
Ayumu: Suka. Tapi, susahlah nak cari kawan baru. Bagaimana kalau tak ada orang nak
berkawan dengan Ayumu? Mentang-mentanglah Ayumu masuk semasa
pengambilan kedua. Hmmph!
Mama: Mesti ramai nak kawan dengan Ayumu. Ayumu sabar sahajalah.
MPP: Adik, mari kakak tunjukkan kelas adik.
Ayumu: Mama, Ayumu pergi dahulu. (salam tangan Mama)
Mama: Okay.
Ayumu mengikut MPP ke kelas 4 Do...
MPP: (mengetuk pintu) Okay, ini kelas kamu.
Pelajar 4 Do: HAI!!! SELAMAT DATANG KE 4 DO!!!
Ayumu: *Biar betul...* Kak, betulkah ini kelas saya?
MPP: Borang ini tertulis 4 Do. Jadi tak salah lagi, ini kelas kamu.
Ayumu: O-Okay... Hai... (duduk di tempat kosong) *Hmm... tak ada orang nak tegur
sayakah?*
Pada waktu rehat...
Ayumu: *Hmm... nampaknya saya terpaksa ke kantin seorang diri...*
Kyung Ah: Hai, budak baru. Siapa nama awak?
Ayumu: Saya Ishikawa Ayumu.
Kyung Ah: Wow! Awak dari Jepunkah?
Ayumu: Tidak. Saya orang Malaysia. Kacukan...
Kyung Ah: Kyung Myung, sama macam kitalah! Saya Kyung Ah. Ini Kyung Myung, Raja Iha,
Rina dan Kaida.
Semua: Hai!
Ayumu: Hai.
Kyung Myung: Kita.... berkawan, boleh?
Ayumu: Boleh! -drama-
Kyung Ah: *Semangatnya...*
Mereka makan bersama-sama...
Penulis: Itu sahaja cerita Geng The Cool Stuff pada hari pertama di sekolah IHSA.Teruskan
membaca kalau mahu tahu siapa Geng The Hotties dan pengembaraan mereka di
sekolah sebagai tahun keempat.
Tamat Episod 1: Berkenalan!
No comments:
Post a Comment